Friday, February 13, 2009

7 Pesan Uwan

My Grandmother by anickue.


Ada satu masa tidak lama dulu, Uwan pernah berpesan pada cucu lelaki pertama
kesayangannya beberapa perkara berkaitan mencari isteri. Uwan pesan 7 menda ini ...

1. Kalau nak cari isteri, carila perempuan yang bersopan santun, lemah lembut, hormat orang tua dan cakna, macam orang Pantai Timur...
2. Kalau nak cari isteri juga, cari yang manis di mata dan senang di hati, dan bukan semestinya cantik tapi susah dibuatnya di kalbu..
3. Cari yang pandai masak. Test masakan dia dulu sebelum kawin. Lagi baik kalau dia pandai masak lauk pauk dan dessert.
4. Cari yang rajin buat kerja rumah dan bukan yang suka goyang kaki, atau asyik suruh orang gaji sahaja.
5. Perempuan ni mestilah penyayang pada anak-anak sebab ibu yang baik semestinya seorang yang pengasih pada anak-anaknya. Juga pandai mendidik anak-anak dan juga selalu ajar anak mengaji Quran.
6. Cari perempuan yang beriman dengan sifat-sifat yang baik. Jangan hanya pilih yang ada rupa, harta atau keturunan mulia sahaja.
7. Kalau dah berjumpa, hiduplah dengan rukun damai, bertolak-ansur dan jangan ingat nak cari yang keduo atau ketigo sbb lagi banyak bini, lagi banyak tanggungjawab...lagi banyak duit kau kono sedio!
Sume tu kena jaga iaitu anak-anak dan isteri kono beri makan minum eyy, pendidikan agamanya dan kebahagiaan zahir batinnya. Kono bosedio tanyo kek Tuhan. Bagi contoh yang baik kepada anak-anak sbb mereka tu pewaris generasi masa depan utk umat dan keturunan kito. Berfikir dengan waras ikut iman, jangan ikut nafsu dan amarah. Nanti kelak ekau takkan nyesal, takdo hidup cerai berai, tapi hidup bagio ajo, sbb pandai pilih bini dan banyok pulak sabarnya...
Haa..itu ajolah pesan Uwan. Takdo apo dah Uwan boleh bagi..Itula sado..!

(for the pic of yr grndma anickue, tq, Hope u don't mind! She's sweet!)

No comments:

Post a Comment